Tuesday, January 30, 2007

Seniors..

Hye everyone~!!
Well.. it seems that everyone is in the holiday mode.. (so do I)
hehehe..
there's nothing much for the time being,
I'm busy making some publicity job for this site..
and I'm gathering some good worthy educational sites for our references too..
yerp..
guess I just posted up the news that I got from Mienor's bulletin board..
it's about our seniors..! hehehhe..


Info IPG: 123 pelajar TESL mahu jadi pendidik bermutu, kreatif

SERAMAI 123 pelajar sulung program berkembar praperkhidmatan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua/TESL), berazam memanfaatkan pendedahan dan pengalaman melalui pengajian selama dua tahun di luar negara sebagai bekalan menjadi guru berkualiti, kreatif serta dinamik kelak.

Mereka kembali ke Institut Perguruan Bahasa-bahasa Antarabangsa (IPBA), baru-baru ini, untuk mengikuti pengajian tahun akhir selepas melanjutkan pembelajaran tahun kedua dan ketiga di universiti Australia, United Kingdom serta New Zealand. Terdahulu, pelajar berkenaan adalah calon terpilih di kalangan lulusan cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengikuti program persediaan selama dua tahun dan pengajian tahun pertama peringkat ijazah di IPBA.

Seorang pelajar, Intan Azreen Basiron, 23, berkata peluang menimba ilmu di Victoria University of Wellington memantapkan lagi persediaan untuk berbakti kepada negara, tidak lama lagi. Sepanjang tempoh di sana, katanya, beliau didedahkan sistem persekolahan negara berkenaan, termasuk pendekatan mereka menangani masalah disiplin pelajar.

Bagi Rosalynn Wong, 25, antara pengalaman tidak dilupakannya ialah kesempatan melihat proses pengajaran di salah sebuah sekolah cemerlang di New South Wales ketika mengikuti pengajian di Macquarie University, Sydney. “Walaupun sekolah itu dilengkapi kemudahan teknologi untuk membantu pengajaran dan pembelajaran (P&P),guru di sana tetap mempelbagaikan kaedah pedagogi, termasuk menggunakan pendekatan tradisional.

Seorang lagi pelajar, Mah Zhi Jian,23, juga gembira memperoleh pendedahan membantu pengajaran selama 20 hari di sekolah rendah ketika mengikuti pengajian di College of St Mark & StJohn, England. “Berdasarkan pengalaman itu, saya mendapati guru di sana menggalakkan dan menghargai idea setiap pelajar serta menghormati mereka seperti orang dewasa. “Selain itu, pendekatan pembelajaran mereka juga banyak tertumpu kepada kegiatan dan kerja berkumpulan. Melalui pengalaman ini, saya akan berusaha memanfaatkan nilai positif dan bersesuaian dengan sistem pendidikan negara apabila mula bertugas di sekolah nanti,” katanya.

Sementara itu, Sawittri ShotiwuthCharun, 23, pula teruja dengan pengalaman menyaksikan pendekatan mengajar secara story telling yang terbukti dapat menarik minat dan meningkatkan pemahaman pelajar di sekolah rendah, ketika mengikuti pengajian di Queensland University of Technology, Brisbane.

So.. what do you guys say..?
I hope we, too, will gain as much knowledge and experience while we are here..
Not just getting good results, but be able to apply what we have learnt, observed, into our teaching later... yosshhhh!!!
(aissshh, have a sudden thought on Judy Goyen~)

love,
-fATin Ali.

2 Comments:

At 2:01 pm, January 31, 2007 , Blogger Rosyada said...

fatin sgt dedicated!!

go fatin go!

 
At 5:50 am, February 04, 2007 , Blogger Jarod Yong said...

i hav seriously learnt a lot from this overseas education...
not only from uni but from my life here...

life is truly the greatest teacher...
=)

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home