Monday, February 12, 2007

positive reinforcement?..

More money for those in pedalaman..what say u?

KUALA LUMPUR 10 Feb. – `Durian runtuh' bagi guru-guru di pedalaman. Selain bakal menerima tambahan elaun insentif antara RM500 hingga RM1,500, kerajaan menimbang memberikan beberapa elaun menarik lain termasuk bagi guru-guru yang sanggup mengajar lebih lama di luar bandar.

Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran (Kewangan dan Pembangunan) Datuk Fatimah Md. Deni berkata, kerajaan pada dasarnya bersetuju menambah elaun bayaran insentif sehingga RM1,500 dan ketika ini kadar elaun yang diterima adalah standard walaupun jarak pedalaman berbeza iaitu sebanyak 10 peratus daripada jumlah gaji pokok.

Menurutnya, kadar elaun khas yang kini di peringkat akhir perincian Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) itu bagaimanapun akan bergantung kepada jarak serta kemudahan asas di sesuatu kawasan terbabit.

Katanya, bagi kategori pedalaman I - mempunyai kemudahan asas tetapi tidak selesa - jumlah elaun dicadang ditambah sebanyak RM500; pedalaman II iaitu mungkin tiada kemudahan (RM1,000) manakala pedalaman III - memerlukan perjalanan tiga atau empat hari untuk sampai ke satu-satu tempat - sebanyak RM1,500.

Ini bermakna, jika elaun semasa yang diterima ialah RM170, mereka yang berkhidmat di pedalaman III bakal menerima penambahan sebanyak RM1,500 menjadikannya RM1,670.

Dianggarkan lebih 14,000 guru ketika ini berkhidmat di pedalaman di seluruh negara.

"Kita telah memohon kepada JPA supaya mempercepatkan elaun pedalaman khas ini.

"Secara dasar memang Perdana Menteri (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) sudah bersetuju tetapi kita perlu berbincang secara terperinci dengan jabatan itu,'' katanya kepada Mingguan Malaysia dalam satu wawancara baru-baru ini.

Fatimah berkata, kementerian juga telah mengemukakan cadangan kepada kerajaan supaya guru yang tinggal lebih lama di pedalaman diberikan beberapa insentif lain.

Jelas beliau, selain penambahan elaun, kuarters guru di kawasan pedalaman juga akan dilengkapi dengan kemudahan asas seperti katil, tilam dan perabot.

Dalam pada itu, beliau berkata, semua sekolah terutama di Sabah dan Sarawak akan dibekalkan dengan kemudahan bekalan elektrik dan sumber air bersih selewat-lewatnya penghujung tahun ini.

"Perdana Menteri telah buat keputusan bahawa semua sekolah mesti mendapat bekalan elektrik 24 jam.

"Begitu juga dengan bekalan air bersih,'' katanya.

honestly, i dont know what to say.. a good thing kot..at least with electricity and clean water, we wont contemplate much on having to teach in pedalaman..and i can continue dreaming of having an interactive whiteboard in my classroom.. :P

9 Comments:

At 11:39 pm, February 12, 2007 , Blogger She^KenZo said...

owh..i don't really bother about the 'elaun' or the so- called 'durian runtuh'actually..as long as our 'nasib terbela'..then it should be fine.we (teachers/ future teachers) never chase after $$$$$ after all!~wee...

 
At 1:01 am, February 13, 2007 , Blogger Alin Yussuff said...

ye ke..? but at least rse terbela la sket kan..with all the water and electricity kan..at least the basics are there..

 
At 4:37 am, February 13, 2007 , Blogger She^KenZo said...

hmm..well..to me la kan..eherm.eherm.tu cume one of the care nk pujuk cikgu2 ni g ke pdlaman.well,ok gak la.but, like u said, nasib kite msti le dibela dgn sewajrnye.nk bg $$, ok thank u bang~..xbg $$,xheran la..heheh.(eh?adekah ini diriku yg sebenar??)

 
At 4:42 am, February 13, 2007 , Blogger She^KenZo said...

owh ya.i almost forgot to say this.to me, the basics (electricity,waterblah blah blah) should come first.then..the $$$..(syikin??is dat u?!)=) sgt mengalu-alukan~

 
At 6:32 pm, February 13, 2007 , Blogger fATin Ali said...

when it comes to money it's always "OWHH YEAHHH!!" for me~! hehehhe..

what's more, they (gov) have to ensure that the so-called PEDALAMAN 1,2,3... have other basic neccessity like phone line..? and of course internet.. rapatkan hubungan silaturrahim nih.. PENTING!! and.. arghhh~ I dont know what to say.. it's just scary to think about it..

but then, judging by today's youth social life, i'd rather teach kanak2 kat pedalaman who'll listen to u attentively rather than budak2 nakal kat bandar.. uhuk2..
but then.. who knows what'll happen in another 2/3 years..??
=(

 
At 9:04 pm, February 13, 2007 , Blogger .ain. said...

Cececeh..syikin~ tak bother duit banyak ke tak? hehe

It's good to upgrade the facilities in rural areas first instead of developing more sekolah bestari byk2 kat bandar yg smmgnya da bandar tu,kan? And instead of spending more money in huge-and-so-called-special-celebration, it's far more good and sangat banyak pahala pun kalau more money spend in education fields,right? After all, we're talking about improving peradaban bangsa and increasing tahap keintelektualan citizens.. Hoping that no more saying First class facilities but third class mentality!

Sad..i noe=(

 
At 9:13 pm, February 13, 2007 , Blogger She^KenZo said...

Fatin- internet tu sgt penting!setuju sgt2!hee~

Ain- mmg xbother pun!period!

 
At 2:22 am, February 14, 2007 , Blogger Miss Aini said...

huhuh, janji bkn rasuah...
dan kita bekerja ikhlas kerana Allah.. insylh dpt reward kt akhirat nnt ;)

 
At 6:39 pm, February 14, 2007 , Blogger Nisa Kamaruddin said...

betul ainee~

yg penting kite kerje ikhlas...
hebat ganjaran Allah di akhirat~

=)

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home