cekik mencekik!
Pelajar cekik guru dibuang sekolah
KOTA TINGGI 28 Julai – Pelajar tingkatan lima yang didakwa mencekik dan menolak seorang guru sehingga hampir jatuh dari tingkat dua bangunan sekolahnya dikenakan tindakan dibuang sekolah.Bapa pelajar terbabit memberitahu surat buang sekolah atas alasan masalah disiplin itu diserahkan kepadanya sewaktu dia dipanggil ke sekolah hari ini.
Menurutnya, dia diberitahu tindakan buang sekolah ke atas anaknya itu diputuskan dalam satu mesyuarat yang dihadiri oleh pengetua serta pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah (PPD).
Dia yang terkejut dengan tindakan serta-merta pihak sekolah, kecewa kerana hukuman ke atas anaknya diambil tanpa sebarang perbincangan terlebih dahulu.
Apatah lagi anaknya, menafikan perbuatannya kelmarin bertujuan mencederakan guru tersebut sebaliknya merupakan satu tindakan spontan ekoran salah faham.
“Apa yang dikesalkan saya dipanggil ke sekolah hari ini semata-mata untuk diberi surat buang sekolah malah anak saya tidak diberi sebarang peluang untuk membela diri atau berbincang.
“Walaupun anak saya nakal, berilah peluang untuk rayuan. Lagipun tinggal beberapa bulan sahaja lagi sebelum dia menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya ketika ditemui di Kampung Makam di sini hari ini.
Dia berpendapat tindakan pihak sekolah itu dibuat secara terburu-buru kerana dia dimaklumkan sebelum ini perkara tersebut tidak akan diperbesarkan sebaliknya diselesaikan di peringkat dalaman.
“Bagaimanapun, kira-kira pukul 5 petang semalam saya telah dihubungi polis meminta datang ke balai untuk memberi keterangan kerana guru terbabit telah terlebih dahulu membuat laporan,” katanya.
Semalam Utusan Malaysia melaporkan kejadian seorang pelajar yang didakwa mencekik dan menolak jatuh seorang guru kerana enggan melakukan denda tekan tubi yang dikenakan terhadapnya serta dua lagi rakannya.
Dalam kejadian itu, guru wanita berkenaan pada mulanya memarahi sekumpulan sembilan pelajar yang membuat bising di dalam tandas sehingga mengganggu pembelajaran di kelasnya yang terletak berhampiran.
Mengimbas kejadian itu, pelajar terbabit mendakwa dia enggan melakukan denda tekan tubi sewaktu diarahkan oleh guru wanita terbabit kerana lantai di kaki lima tempat mereka berada kotor dan basah ekoran limpahan air dari bilik tandas.
“Guru tersebut marah atas keengganan saya berbuat demikian lalu menarik tangan kiri saya sehingga terluka.
“Saya minta guru itu melepaskan tangan saya dengan berkata ‘sakit cikgu, tolong lepaskan tangan saya’ tetapi dia tidak mengendahkannya,” katanya yang turut menafikan menolak gurunya hingga hampir jatuh dari bangunan.
Sebaliknya dia mendakwa hanya menepis tangan gurunya kerana tidak tahan sakit akibat cengkaman tersebut tetapi secara tidak sengaja tangannya pula terkena leher guru terbabit.
Sementara itu Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi jaminan siasatan kes seorang guru perempuan yang dicekik pelajar di Kota Tinggi, Johor semalam akan dilaksanakan secara adil dan kini diserahkan kepada timbalannya, Datuk Noh Omar.
‘‘Jangan ada pihak yang teraniaya dan kita tidak mahu berkompromi dalam hal sebegini,” tegasnya.
-Maybe teachers should be trained with self-defense skills? The school is losing its 'safe compound' status. The students are getting wilder and becoming more and more violent. Oh, did i mention that teachers can't even cane their students? No, we can't pinch them either. That's why schools are dealing with many serious discipline issues. Dan kenape mak bapak masih nak menegakkan benang yg basah?? MOE, please do something! -
6 Comments:
I've heard different stories on this and I'm with the teacher.
Sape suruh buat bising,kan? Lantakla kena denda kat tempat kotor, ke..basah ke..dah namanya denda! and kuatnye cikgu tu sampai tarik tgn boleh luka?
Kalau guru besar pun boleh kena buang...apsal plak student takleh?
We should do something with our education system.kalau nak rotan pelajar atas tujuan mendidik...pun kena bagi surat amaran, kena isi borang itu ini..when will they learn their lesson,right?
We should listen to both sides & examine the evidence...
the cekik wounds
the scratch wounds
the wet floor
they were wrong when they made noise in the toilet.
the teacher was wrong if she did lose her temper & tried to force them physically to push-up.
Miss Kenzo to ain:
yep. you're right. students dulu, jgnkn nk sentuh cikgu, nk play pranks dgn cikgu pun naik cuak tau!!(giler hape??!cari nahas??!)Dulu, kite pernah kene cubit/rotan. So what? sebenarnye hukuman2x mcm ni sgt sgt la mendisiplinkan pelajar.agree?=)
Students terlalu dimanjakan, mak bapak pulak x hbs2x kate anak diorang tu baik sgt. walhalnye..sigh~
cekik cikgu tu mmg x patut la.berani betol budak tu.ape la nk jd dgn students zaman sekarang.langsung x hormat cikgu.
to ah kam koko:
yes, we should listen to both parties.
but clearly enough, that boy assaulted that poor teacher (and left her traumatized!).
-my next target: life insurance-
heard bout this incident from my Head Mistress.. they were told the truth..
1. Seluar student tu koyak.. kawan2 dia gelakkan dia.. (the reason for making noises in the toilet)..
2. The teacher keluar.. marah the students to keep quiet coz it'll disturb her P&P.. and she went out to continue her teaching..
3. The students once again laugh coz kawan dia pakai seluar koyak.. nampak singlet .. and the teacher misunderstood the situation and thought that they were laughing at her..
4. The teacher came back to the toilet and then she asked the boy tekan tubi on the toilet floor yg basah.. of course laa that boy taknak buat coz it'll wet his shirt.. so.. when he insist not to do.. she pulled his hand.. he was hurt coz kuku cikgu tu panjang.. melukakan tangan budak tu.. and this comes with evidence. they both parties make conference.. and ada gambar buktikan tangan budak tu cedera sebab cikgu tu cengkam kuat.. berdarah.. budak tu nak elak tertepis muka cikgu.. bukan cekik dia.. it was all misunderstanding..
conclusion.. teacher n student ditukarkan ke sekolah lain..
moral: siasat dulu sebelum bertindak..
that's what I heard from my HM and she told me that it was briefed by the PPD..
to azalea--->
hmm..begitukah..?ok then.=)
tp, student kene la respect cikgu, betul? ya, mungkin cikgu tu salah juge sbb cengkam tgn student tu.budak tu pulak, kalau nk tepis pun, agak2x la,jgn smpai tepis muke/cekik cikgu.lg satu, dah kene marah, boleh berani gelak2x lg.aiseh..~ tp ape2x pun,hal nih dah settle.
anyway, thnx for ur info, azalea.
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home