Tuesday, July 31, 2007

GOOD NEWS!

Laporan Khas: Kuasa guru dikembalikan
Oleh Azrul Affandi Sobry
Kementerian mahu rombak garis panduan, mudahkan tangani disiplin pelajar



KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran mengkaji kemungkinan mengembalikan kuasa guru dalam mendisiplinkan pelajar, termasuk merotan di khalayak ramai, bagi memastikan pendidik dapat menjalankan tanggungjawab itu dengan lebih tegas dan berkesan.Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, berkata garis panduan sedia ada perlu dikaji semula supaya masalah sosial di kalangan pelajar dapat dikawal dengan kaedah pendisiplinan yang tidak terlalu terikat dengan pelbagai peraturan.“Kita perlu lihat sama ada membenarkan tindakan yang tidak keterlaluan oleh guru dalam proses mendidik pelajar. Ini perlu kerana kadang kala guru sebagai manusia bertindak sedikit keras apabila berdepan dengan pelanggaran peraturan yang berlaku di depan mata,” katanya kepada Berita Harian.Baru-baru ini, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Noh Omar, berkata kementerian dalam proses meminda Peraturan-Peraturan Disiplin (Pelajar) 1957 bagi mengemas kini peraturan dan tindakan yang boleh diambil guru terhadap pelajar bermasalah.Beliau berkata, akta berusia 50 tahun itu terlalu umum sehingga mengeliru dan menyukarkan pentadbiran sekolah melaksanakan hukuman terhadap pelajar.Alimuddin berkata, peraturan terlalu ketat mengongkong guru dan secara langsung membataskan tugas pendidik untuk menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa pelajar selama mereka di sekolah.Malah, guru sukar menegur kesalahan pelajar di luar kawasan sekolah kerana tiada peraturan membenarkan berbuat demikian.“Lebih mengecewakan apabila ibu bapa sering mengambil pendekatan salah dengan beranggapan anak mereka tidak bersalah dalam apa saja keadaan walaupun selepas diberi penerangan oleh pentadbir sekolah.“Ibu bapa sepatutnya faham bahawa apa saja tindakan guru adalah bertujuan mendidik dan kebiasaannya hukuman yang diambil adalah pilihan terakhir selepas pelbagai amaran diberikan.“Rasanya lebih baik guru menghukum pelajar daripada langsung tidak mengambil tahu apa berlaku kepada muridnya. Kesudahannya, murid itu juga yang rugi,” katanya.Sementara itu, Pengerusi Lembaga Penasihat Kluster Kecemerlangan, Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad, mencadangkan supaya sekolah kluster menjadi perintis pelaksanaan peraturan disiplin yang lebih tegas dan membabitkan lebih ramai guru.“Jika ada ibu bapa yang tidak suka anak mereka ‘disentuh’, jangan hantar anak mereka ke sekolah kluster kerana di situ anak mereka akan menerima didikan secara seimbang dan menyeluruh,” katanya.


I've been discussing with friends on current issues related to our education system. We think that its really sad to be an educator who cannot educate the students. We have been trained to deliver our content, educating people and inculculating the noble values. Sadly, we are not giving enough chance to educate people. Everyone seems blaming us for doing this and that. Look, teachers are facing and dealing with various kind of people. Each and everyone of them need different approaches..takkan denda budak tak nakal sama dengan denda budak nakal? Dah pakai nasihat, dia bolayan..denda fizikal la plak..asalkan tak cedera, tak patah, tak mati...tu pun takbleh? Setakat rendam dalam kolam sbb sumbatkan toilet with sanitary pad, and some other examples...what's d big deal la,kan? Dah suruh buat betul2, tapi xdgr cakap...kenala! Imagine that our own children buang sanitary pad merata2 and abes tersumbat umah..takkan nak belai budak tu kata its ok...?? dah beratus2 kali cakap tak jalan..rendam la! hoping they'll get their lesson..sadly mak bapak plak hangin! Tak nk anak tu kena denda...ajarla betul2 bgtau what can we put into the toilet bowl and what's not...or takyah anta g skolah.Senang citer! Should we implement one system where parents are responsible in educating and teaching their offspring..(playing a role as a teacher) and there'll be no more school,nak? Sikap anak2 then will reflect their parents! Should we? Makbapak pun pnah g skolah..penah kena denda dengan cikgu dolu2..yg lagi dahsyat.Hidup je..and jadi pun org! Takkan cikgu nk didik anak ke jalan yg betul pun kena marah? Now, what should we do to make sure our future generation grown up to be a great person?? I hope we'll get our power back and use it wisely!! Hidup cikgu cemerlang, gemilang and terbilang!!

6 Comments:

At 12:51 pm, July 31, 2007 , Blogger Jarod Yong said...

I think people are always worried about teachers abusing the power to punish...
People worry too much...

But perhaps they have experienced some form of abuse when they were younger...
that's why they are working so hard to prevent teachers from punishing students...

Rather spoil my kids than traumatise them eh?
Maybe not...
Good intention but not very wise...

It's good that teachers are getting back the power to punish.
But I think measures need to be taken so they don't abuse this kind of power.

 
At 3:30 pm, July 31, 2007 , Blogger She^KenZo said...

bring back 'teacher's power'. stop pampering students. students dah mcm besi berkarat..bknnye ubi berisi lg dah.
i agree with u,ain!

"I think people are always worried about teachers abusing the power to punish...
People worry too much...
But perhaps they have experienced some form of abuse when they were younger...
that's why they are working so hard to prevent teachers from punishing students..."-i couldn't agree more with this,koko.=)

 
At 3:50 pm, August 05, 2007 , Blogger Ana Shirin said...

This comment has been removed by the author.

 
At 3:54 pm, August 05, 2007 , Blogger Ana Shirin said...

i still think merendam was too much.. there must be a limit on how to punish kids. The one who soaked the kids because they threw sanitary pad into the toilet is no lesser than the students her/himself

if you have to punish, think of something that you might impose on your kids. i doubt anybody in their right mind would soak their own kids.

yes, it's a noble job but it doesn't necessarily make you a nobility

 
At 5:56 pm, August 05, 2007 , Anonymous Anonymous said...

teacher must know what the student wants.. parents too..

 
At 10:11 am, August 24, 2007 , Blogger hayad said...

yer,tul2,setuju dgn semua isi2 kat sini. Mmg ibu bapa zaman sekarang dah melampau. Walaupun ada sesetgh cikgu yg lbh muda dari depa, tapi tak bermakna depa boleh ambil tindakan dekat kita cikgu muda ni.

Kita sebagai cikgu takdenye nak denda budak2 tak psl2 melainkan mmg budak tu dah teruk, tak wat keje byk kali dan macam2 lagi. Parent sekarang selalu ingat anak diorang saja yang betul. Budak2 pula tau yg diorang akan dibela oleh parent, lagi la mua..

Antara cikgu pun kadang2 tiada kesepakatan. Kadang2 cikgu ni denda, ada pulak cikgu lain yg tak menyokong. Kata tak boleh denda gitu la gini la, so mcm mana nak denda budak kalo kita tiada sepakat?

Entah lah, apa nak jadi dgn sistem pendidikan pun tak tau lah. Untung sesapa jadi cikgu zaman 60-an, 70-an...

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home